Fuhh fuhh *meniup habuk yang berkepuk*
Bismillahirrahmanirahim dengan nama ALLAH yang maha Pemurah lagi maha Penyayang.
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh blogger sekalian. Alhamdulillah, akhirnya bukak jugak diari fantasi aku ni. Sebenarnya dah dua entri aku tulis,
separuh aje lah aku buat. Hehe. Sekarang ni kan aku sibuk dengan
Twitter, mana sempat nak tulis entri baru dah. Tu yang habuk duk berkepuk-kepuk dekat diari fantasi aku ni. Takde tempat tinggal agaknya
#lettew.
Kay, aku pun tau aku salah sebab aku tak buat
Raya Wish dekat korang sampailah ke hari ni. Okay okay, aku wish sekarang !
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR je !
Ha, aku dah wish kan ? So, takyah la nak buat protes macam
BERSIH 2.0 pulak. Buat sakit hati je sebab korang buat mata aku silau dek baju kuning korang yang kononnya ceria sangat tu ! Kayy ni yang aku tak suka bila ada entri baru, mesti merapu je keje.
Korang mesti tanya sebab apa aku letak cover novel KASIHKU ABADI ni. Ha, macam ni citer dia. Semalam, lepas balik dari open haus kat rumah kesen aku, aku terus dengan ghairahnya ambik buku tu then duduk kat depan kipas biar lagi feeling baca dengan khusyuk. Mula-mula dah bawak pergi rumah kesen aku tu, ingatkan nak baca tapi hagham ! Dah nampak makanan, lupa daratan lah aku X)
Then, masa tengah feeling tu, tiba-tiba ada part sedih. Jadi murah airmata aku semalam. Macam tengok filem Hindi. Ahh, apa aku kisah ? Orang tengah feeling ni. Nasib baik masa tu mak aku tengah leka tengok tivi kat tivi.
Boleh dikatakan banyak juga part nagis tuh. Tapi walaubagaimanapun, aku tetap suka baca. Sampaikan aku terimaginasi yang watak tu aku and my *ehemehem*. Aku rasakan semalam hari pertama aku nangis sebab baca novel. Selalunya bergenang je dekat mata yang cantik ni kan X)
Cantikkan mata ni ? Kan aku cakap mata aku cantik.
Tapi serious aku cakap sejarah telah tercipta dalam hidup aku hanya kerana menangis baca novel. And aku terasa nak baca balik novel tu. Gila best :)
Kay lah, sekarang aku dah baik. Lepas kena motivasi dengan HANDSOME aku En. Amin Idris hari tu. Satu minit sekarang macam sekeping emas bagi aku. Till then, CHAWW :D