Thursday, 26 April 2012

Bagai kacang melupakan kulit.

Assalamualaikum...

Pheww dah ber-abad siak aku tak tulis kt sini. Bila bukak blog tadi, tengok semua dah bertukar. Blog dah baru. Dah maju. Kehkeh. Dan tiba-tiba awkward pulak nk tulis panjang-panjang kat sini. Selalu tulis pendek-pendek aje, tak sampai 140 characters. Asyik limit aje. Kat sini, ha lebih 1400 characters pun boleh. Apa pun boleh ~

Lol. Sekarang aku dekat kawasan blogger, bukan twitterians. Tolong sedar arifah. Tapi serious wa cakap, memang dah lama tak tulis kat sini. Semuanya dah berubah kat sini. Facebook berubah, Twitter berubah, Myspace berubah, Blog pun berubah. Sebenarnya dah lama niat aku nak update blog, edit blog bagai. Tapi terbantut kerana menghidapi sejenis penyakit kronik. Twitter juga telah mempengaruhi aku untuk tinggalkan dunia blog. Awi Rafael juga salah satu punca aku gila twitter sekarang.

Cakap pasal Awi, tak lama lagi dia nak dapat baby baru. Awi Rafael Jr.II. Tak sabar rasanya. Mesti comel cam aku sebab aku selalu tweet dia ! Eh apa kena mengena tweet aku ? Har har har. K. Aku tahu tak menjadi lawak aku sebenarnya. Aku dapat sangat baca reaksi korang baca entri ni. Ah lantak lah korang nak buat muka annoying ke, sedih ke, belas kasihan kepe, asalkan aku ok !

Korang tak rasa ke sebenarnya aku mula lari daripada tajuk asal ? Ni kalau dalam exam, dah kena tolak markah silap-silap tak dapat markah. Orang cakap lain dia jawab lain camni lah --> "Orang: Eh dah makan ? Dia: Belum. Aku belum mandi lagi. Malas dohh." Ha kan ? Cemni lah, sebenarnya aku bukan "bagai kacang melupakan kulit". Dah ada twitter, terus lupa blog. Blog tetap berada di hati ku ini. Walaupun sikit, tapi masih ada. Cuma tak luah je.

Lagipun aku sekarang ni quit busy ah. Dengan belajarnya, dengan twitternya, dengan jaga adik barunya. Hmmm sangat sibuk macam Awi Rafael. Cehh. Ohh lupa nak cakap, aku sekarang dh ada adik baru. Lengkaplah adik-beradik aku. Jadi genap 10. Wah kuatnya !! :D Lol. Namanya Aisyah Izzati Binti Zulkiflee. Takci nama dia panjang. Nama aku pendek je, Arifah Binti Zulkiflee. Takci kan ?! Aci ke takci ke, nama aku tetap pendek jugak. Takleh tukar nye pun. K lah, terpaksa berhenti di sini untuk 'seketika'. Semoga berjumpa lagi di lain waktu kalau berkesempatan. Eh btw, before korang leave this blog, dijemput dengar lagu ni untuk menginsafkan diri. Sekian terima kasih :)


1 comment: